Friday 29 July 2016

Selamat Datang Ke Laman Portal Rasmi Kami

Portal ini diwujudkan untuk berkongsi tips-tips dan informasi kesihatan.

LATARBELAKANG
Klinik Famili Assyifa, beralamat di No.6-B3, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor merupakan Klinik Perubatan (Medical Clinic) yang didaftarkan dan dilesenkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Demi menyahut fardhu kifayah terhadap agama, klinik kami menerapkan konsep #MesraIbadah #KlinikPatuhSyariah dimana Klinik kami dianggotai oleh Pegawai Perubatan (Doktor) dan staff wanita yang berpengalaman.

Klinik kami melakukan rawatan-rawatan am berkaitan rawatan biasa (rawatan keluarga & rawatan am) seperti demam, selesema, pening dan lain-lain. Selain itu kami juga melakukan prosedur pembedahan kecil dan rawatan luka.

KEISTIMEWAAN
Selain daripada Rawatan Keluarga dan Rawatan Am, kami menumpukan juga kepada rawatan untuk ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kepada ibu-ibu mengandung kami menyarankan ibu-ibu semua melakukan checkup dan follow up dengan kami. Pegawai Perubatan kami Dr Siti Murnirah merupakan Doktor yang berpengalaman luas dalam rawatan kes-kes Antenatal & Postnatal.  

FASILITI
Fasiliti di klinik kami adalah yang terkini di pasaran. Dengan ruang yang selesa dan berhawa dingin. Peralatan kami seperti Ultrasound Machine merupakan yang terkini di pasaran, ia membolehkan proses scan baby sehingga tahap 5D (HD Live Scan). Kami mempersembahkan kepada anda pertama di Malaysia iaitu 'Sono Theater Room', bilik ini direka khas untuk ahli keluarga ibu-ibu yang hadir ke klinik kami untuk melihat baby di dalam kandungan melalui televisyen HD LED TV dengan ruang yang selesa dan luas, dan juga memelihara aurat ibu-ibu terhadap mereka yang bukan mahram dalam masa yang sama.

Kami akan update dari masa ke semasa dengan info-info kesihatan yang terkini.

Sekian.

Mohd Mujahid
Pengarah Urusan

1 comment:

  1. Jammy Casino Online | Casino in New Jersey
    Find online 인천광역 출장샵 slots & casino games at 영주 출장샵 Jammy Casino NJ with instant 충청북도 출장샵 play. Get the best promotions 구리 출장안마 and fastest Payouts! Jammy Casino has a 광주광역 출장마사지 huge

    ReplyDelete